Spa Mini Detoks

Spa Mini Detoks
Copy URL

Lihat dalam BI

Mini detoks ini sangat sesuai untuk mereka yang inginkan pembersihan dalaman yang cepat dan ringkas.
4Life Rice Bran Plus dan Probiotics bekerja bersama untuk membantu menyahtoksin, mengukuh dan mengeset semula sistem pencernaan anda.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, badan anda terdedah kepada bahan pencemar, kekotoran, dan ribuan paun makanan. (Betul!) Kebanyakkan masanya, badan anda memang cekap menyingkir bahan pencemar ini, tetapi lama-kelamaan, ia perlu diset semula.

Tahukah anda?

Sistem imun dan sistem pencernaan anda berkait rapat. Sebenarnya, banyak sel imun anda berada di mikrobioma usus anda, di mana pencernaan berlaku. Kesihatan usus memberi kesan kepada pelbagai aspek kesihatan termasuk kesihatan sistem imun, berat badan, kognisi, mood, dan banyak lagi.
4Life® adalah Immune System Company ™, dan kami telah mencipta produk kesihatan pencernaan yang luar biasa ini.


4Life Rice Bran Plus

Apakah ini?

4Life Rice Bran Plus Capsules adalah program pembersihan dalaman 10 hari yang menyokong kesejahteraan dan keteraturan sistem pencernaan. Gabungan vitamin, mineral dan 23 jenis herba membantu menggalakkan pembersihan usus yang menyeluruh dan selesa. Setiap paket mengandungi 6 kapsul menggabungkan manfaat sekam psyllium, cascara sagrada, akar gentian, buah kranberi, buah prun, papain, bromelain dan bahan-bahan lain.

Apakah kandungan?

  • Menganduni 23 bahan-bahan herba termasuk sekam psyllium, cascara sagrada, akar gentian, buah kranberi, buah prun, papain, bromelain dan bahan-bahan lain.

  • Mengandungi 30 paket setiap kotak. Ambil 1 paket 30 minit sebelum makan, 3 kali sehari. Setiap paket mempunyai 6

  • Sijil Halal diperakui oleh IFANCA.


4Life Probiotics

Apakah ini?

4Life Probiotics mengandungi campuran proprietari daripada lima jenis probiotik yang aktif untuk sokongan probiotik yang menyeluruh. Probiotik merupakan antara trilion mikroorganisma hidup yang secara semula jadi hadir di dalam badan anda. Juga dikenali sebagai bakteria "ramah" atau "baik", ia adalah komponen penting dalam sistem kesihatan badan.

Apakah kandungan?

  • 5 jenis probiotik yang aktif-lactobacillus acidophilus, lactobacillus rhamnosus, bifidobacterium lactis, bifidobacterium longum dan streptococcus thermophilus membantu mengekalkan tahap bakteria 'baik' yang sihat dalam usus.

  • Teknik pembuatan yang diiktiraf untuk memastikan setiap kapsul mengandungi 10 bilion bakteria hidup pada masa penghasilan.

  • Kapsul diperbuat daripada sayuran.

  • Sijil Halal diperakui oleh IFANCA.