Apakah Ertinya Mengenal, Bertindak & Mengingati?

Apakah Ertinya Mengenal, Bertindak & Mengingati?
Copy URL

Lihat dalam BI

Bayangkan jika satu sistem badan menyumbang kepada keupayaan sistem badan yang lain untuk berfungsi dengan optimum. Adakah sistem itu dianggap paling penting? Mungkin. Walaupun kita tidak dapat menjawab soalan itu secara empirik, kita tahu ada sistem seperti itu. Ia dipanggil sistem imun badan dan tugas utamanya adalah menjaga kesihatan anda.


Bagaimana sistem imun berfungsi?

Sistem imun anda terdiri daripada rangkaian sel yang kompleks yang berfungsi secara sinergistik. Bersama-sama, mereka berkomunikasi antara satu sama lain di seluruh badan. Setiap sel unik dalam susunannya dan mempunyai tugas yang berbeza. Sistem imun anda membantu anda menyimpan "yang baik" dan menyingkirkan "yang buruk". Sel "baik" adalah sel yang menggalakkan fungsi badan yang normal, dan yang "buruk" adalah mikrob, virus, dan sel merbahaya yang lain.

4Life Transfer Factor® bertindak sebagai moderator sel imun - mengimbangi dan mendidik sistem imun. Ia menyokong tindakan sistem imun dengan membantunya mengenali, bertindak dan mengingati musuh badan.*

Mengenal. Bertindak. Mengingati.

Mengenal

Tugas sistem imun anda adalah untuk mengenal pasti yang baik dan yang buruk di dalam badan. Sebilangan yang baik terdiri daripada bakteria baik dan sel yang dijana semula. Yang lain adalah seperti mikrob atau sel yang tidak sihat. Kecekapan dan kepantasan proses mengenal pasti adalah sangat penting. Sistem imun mesti bertindak dengan cepat dan berkesan. Tetapi jika tersalah kenal, ia boleh menyebabkan badan menyerang dirinya sendiri atau sel merbahaya menyerang.

4Life Transfer Factor membantu sel-sel imun mempercepatkan proses mengenal pasti dengan lebih tepat supaya ia boleh bertindak sama ada untuk menyimpan atau memusnah.†

Bertindak Balas

Setelah proses mengenal pasti selesai, badan anda memanggil sel tentera. Sel-sel ini bertugas untuk menghapuskan ancaman kesihatan. Ketika bertindak, sel-sel ini memusnahkan “yang buruk" dan membiarkan "yang baik". Ini adalah satu operasi peringkat tinggi dengan ruang untuk kesilapan yang sempit. Kegagalan untuk memusnahkan “yang buruk” boleh menyebabkan sel merbahaya berganda dan akhirnya mengambil alih. Sel Natural Killer (NK) adalah sel imun yang melakukan ini. Kajian makmal bebas baru-baru ini menunjukkan bahawa 4Life Transfer Factor dapat meningkatkan aktiviti sel Natural Killer (NK) terhadap ancaman kesihatan.†*

Selain memusnahkan penyerang, sistem imun anda juga melakukan pembersihan pasca-pertempuran. Pembersihan berlaku apabila sel mati diserap atau dimakan oleh sel lain. Proses ini memberi keseimbangan dan menyediakan persekitaran yang bersih untuk sel-sel lain hidup dan tumbuh.

Mengingati

Setiap ancaman kesihatan yang dihadapi oleh badan akan meninggalkan cap jari yang unik dalam pangkalan data yang lengkap. Pangkalan data ini merangkumi maklumat penting mengenai musuh tersebut dan ciri-ciri mereka untuk mudah dikenal pasti dan cara bagaimana untuk mengalahkan mereka apabila muncul semula. Memori imun ini penting kerana sel-sel badan sentiasa mengalami pembaharuan. Sel-sel imun yang baharu tidak akan mempunyai pengetahuan yang sama seperti sel-sel imun yang berpengalaman. Akses kepada memori imun ini memberi sel baharu kelebihan yang sama seperti sel yang berpengalaman, dan memberi peluang lebih baik kepada badan anda untuk memusnahkan ancaman.

Pertimbangkan bayi yang baru lahir yang belum terdedah kepada banyak musuh. Bagaimana ia bertahan dengan maklumat imun yang terhad? Jawapannya terletak pada sistem imun ibunya. Ibu memindah maklumat imun penting kepada bayi baru lahir mereka. Sebilangan besar memori imun pada mamalia terkandung dalam kolostrum. Untuk spesies yang lain, seperti burung, ia terkandung dalam nutrien yang terdapat di dalam telur.

4Life Transfer Factor meningkatkan memori imun dengan memberikan memori imun tambahan — khususnya dari ayam dan lembu. Kedua-dua ayam dan lembu sering kali menghadapi ancaman kesihatan dan memiliki sistem imun yang perkasa. 4Life Transfer Factor mengandungi kolostrum lembu dan kuning telur ayam. Bahan-bahan khusus ini, bila diambil, terbukti dapat meningkatkan antibodi dan membantu badan anda mengingat ancaman kesihatan.*


Rujukan

Hasselquist, D., Nilsson, J.A. (2009). Maternal transfer of antibodies in vertebrates: Trans-generational effects on offspring immunity. Philosophical Transactions of the Royal Society B: Biological Sciences. 364, 51–60.
Hurley, W.L., & Theil, P.K. (2011). Perspectives on Immunoglobulins in Colostrum and Milk. Nutrients 3(4), 442 –474.
Polanowski, A., Zablocka, A., Sosnowska, A., Janusz, M., & Trziszka, T. (2012). Immunomodulatory activity accompanying chicken egg yolk immunoglobulin Y. Poultry Science 91, 3091–3096.
Schlesinger, J.J., & Covelli, H.D. (1997). Evidence for Transmission of Lymphocyte Responses to Tuberculin by Breast-Feeding Lancet. 2(8037), 529. Struff, W.G., & Sprotte, G. (2007). Bovine colostrum as a biologic in clinical medicine: A review. Part I: Biotechnological standards, pharmacodynamic and pharmacokinetic characteristics and principles of treatment. International Journal of Clinical Pharmacology and Therapeutics 45, 193–202.
Vetvicka, V., & Fernandez-Botran, R. (2020). International Clinical Pathology Journal. 8(1), 1.
Vetvicka, V., & Vetvickoja, J. (2019). Effects of Transfer Factor Supplementation on Immune Reactions in mice. Journal of Nutrition and Health Sciences, 6(3). Vieira-Brock, P., Andersen, A., Vaughan, B., & Vollmer, D. (2019). Method development for the analysis of PBMC-mediated killing of K562 cells by bovine colostrum and various fractions. 4Life Research, UT. Immunology, San Diego, CA. (conference abstract).


*Kenyataan ini tidak dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, megubati dan mencegah sebarang penyakit.