Kajian Terbaharu 4Life Transfer Factor®

Kajian Terbaharu 4Life Transfer Factor®
Copy URL

Lihat dalam BI

Satu kajian tebaharu telah diterbitkan mengenai Transfer Factor Plus Tri-Factor Formula dalam Austin Journal of Clinical Pathology. The Austin Journal of Clinical Pathology adalah jurnal akses terbuka yang menerbit tentang perkembangan terkini dalam dunia patologi klinikal.

Artikel tersebut bertajuk "Kesan Imunomodulator Antigen-Spesifik Transfer Factor”. Kajian ini ditulis oleh Dr. Vetvicka, seorang profesor di University of Louisville. Kajian ini dilakukan di Institut Sains Hayat Medgaea, sebuah makmal pihak ketiga yang bebas dan khusus dalam kajian fungsi makanan tambahan. Para penyelidik melihat bagaimana transfer factor yang berasal dari kolostrum dan kuning telur merangsangkan sistem imun.

Perenggan terakhir artikel berbunyi: “Kesimpulannya, kami menemui bukti bahawa kesan suplementasi dengan TF merangsang imuniti selular dan humoral. Jelas bahawa, transfer factor yang berasal dari kolostrum dan / atau telur berupaya merangsang imuniti dengan berkesan dan besar. Modulasi tindak balas imun ini berpotensi digunakan dalam reaksi rangsangan pertahanan badan". Kajian mendapati bahawa transfer factor berpotensi besar dalam memodulasikan tindak balas imuniti tertentu.*

Salah satu daripada tiga tonggak utama 4Life adalah sains, dan kami bangga dengan produk kami yang disokong secara saintifik. Kajian ini adalah satu lagi sebab untuk menyukai 4Life Transfer Factor®!

Cubalah produk 4Life Transfer Factor® hari ini!


*Kenyataan ini tidak dinilai oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, megubati dan mencegah sebarang penyakit.

†Vetvicka V and Vetvickova J. Antigen-Specific Immunomodulatory Effects of Transfer Factor. Austin J Clin Pathol. 2020; 7(1): 1062