10 Jenis Makanan & Bahan-bahan Semula Jadi Yang Terbaik Untuk Mata Anda

10 Jenis Makanan & Bahan-bahan Semula Jadi Yang Terbaik Untuk Mata Anda
Copy URL

Lihat dalam
BI, BC

Kita dikurniakan dengan hanya dua mata. Oleh itu, tidak kira sama ada kita mempunyai penglihatan 20/20 atau tidak, penjagaan kesihatan mata sangat penting untuk mengekal penglihatan yang baik dan mata yang sihat terutamanya apabila usia semakin meningkat.

Marilah kita meneliti 10 jenis bahan-bahan yang paling bermanfaat untuk mata kita.

Lutein & Zeaxanthin

Sebilangan kajian menunjukkan bahawa lutein memberi kesan yang baik terhadap kesihatan mata. Lutein dan zeaxanthin adalah antioksida yang penting dalam makula mata – bahagian mata untuk penglihatan. Mereka melindungi mata dari radikal bebas yang berbahaya (Paul S. Bernstein et al. 2016)¹. Lutein dan zeaxanthin berfungsi secara sinergistik untuk menapis cahaya biru yang berbahaya. Oleh itu, ia dapat melindungi mata kita daripada kerosakan (Aize Kijlstra et al. 2012)². Selain itu, kedua-dua bahan ini juga membantu mengekalkan fungsi mata yang normal dengan meningkatkan sensitiviti kontras dan mengurangkan gangguan silau (Yu-Ping Jia et al. 2017)³.

Astaksantin

Astaksantin adalah pigmen karotenoid merah yang semula jadi dan biasanya dijumpai di kawasan laut, terutamanya dalam mikroalga dan makanan-makanan laut. Astaksantin mempunyai aktiviti-aktiviti antioksida yang kuat. Beberapa kajian klinikal yang terbaharu menunjukkan bahawa astaksantin berpotensi mengekalkan kesihatan mata dan memperbaiki pelbagai masalah mata (Giuseppe Giannaccare et al. 2020)⁴.

Ekstrak spirulina platensis

Spirulina dikenali sebagai super food disebabkan kepelbagaian dan kepadatan nutrisinya. (Bob Capelli et al., 2010)⁵. Ia mengandungi komposisi nutrient seperti protein, vitamin, mineral, β-karotena, asid lemak, dan lain-lain yang berharga dan ini menjadikannya makanan yang sempurna. Spirulina merupakan makanan lengkap yang berkhasiat dan berpotensi melindungi mata (Meeta Mathur, 2018)⁶. Apabila spirulina dimakan, ia melindungi fotoreseptor pada retina mata daripada fotostress (Tomohiro Okamoto et al. 2019)⁷.

Ekstrak campuran sitrus

Campuran sitrus seperti lemon, oren, limau, tangerin dan limau gedang kaya dengan antioksida, vitamin C, polifenol dan flavonoid sitrus (Chikako Shimizu et al. 2019)⁸. Pengambilan antioksida menghalang proses degeneratif yang disebabkan oleh tekanan oksidatif (Kaur C et al. 2001)⁹. Satu kajian baharu menunjukkan bahawa mereka yang kerap makan oren, mempunyai risiko degenerasi makula yang kurang berbanding dengan mereka yang tidak makan oren (Bamini Gopinath et al. 2018)¹⁰.


Vitamin C

Vitamin C adalah antioksida utama pada lensa mata (Robert Abel Jr. MD. 2018)¹¹. Ia membantu badan untuk membentuk dan mengekalkan tisu penghubung, termasuk kolagen yang terdapat di dalam kornea mata (Eksperimen Penyelidikan Mata. 2007)¹². Menurut Persatuan Optometrik Amerika, vitamin C yang diambil bersama nutrien penting yang lain membantu melambatkan perkembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan penuaan.


Vitamin E

Vitamin E adalah komponen utama yang larut lemak dalam sistem pertahanan antioksida sel. (Saliha Rizvi et al. 2014)¹³. Ia melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas. Ia juga digunakan sebagai supplemen harian dalam Kajian Penyakit Mata Yang Berkaitan Dengan Penuaan (AREDS) sebagai rawatan berpotensi untuk degenerasi makula yang berkaitan dengan penuaan.


Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan dengan mengekalkan kornea (lapisan terluar mata) yang cerah. Vitamin ini juga merupakan komponen rhodopsin, sejenis protein di mata yang membolehkan kita melihat dalam keadaan bercahaya rendah (Ross CA et al. 2010)¹⁴. Menurut Office of Dietary Supplements, vitamin A membantu membina protein yang membolehkan retina menyerap cahaya untuk penglihatan yang optimum. Selain itu, data epidemiologi dari Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Negara (NHANES I) menunjukkan bahawa mereka yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dapat merendahkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan penuaan.


Zink

Zink merupakan kofaktor dalam kebanyakkan metabolisme enzim yang aktif di dalam mata (King et.al 2011)¹⁵. Zink terdapat dalam tisu mata, terutamanya retina (Ugarte et al. 2001)¹⁶. Pengambilan suplemen zink secara sederhana melindungi retina dan mengurangkan risiko degenerasi makula yang berkaitan dengan penuaan (Hock Eng Khoo et al. 2019)¹⁷ serta mengekalkan penglihatan yang tajam di kalangan warga emas (D A Newsom et al. 1988)¹⁸.

Bilberi, beri hitam & anggur hitam

Buah bilberi, beri hitam, dan anggur hitam mengandungi antosianin yang tinggi-- sejenis pigmen flavonoid yang mempunyai sifat antioksida yang kuat (Yuri Nomi et al. 2019)¹⁹. Antosianin membantu mengurangkan degenerasi makula dan mengekalkan kesihatan kornea dan salur darah di dalam mata (Chung-Jung Chiu et al. 2007)²⁰.


Rujukan

  1. Paul S. Bernstein, Binxing Li, Preejith P. Vachali, Aruna Gorusupudi, Rajalekshmy Shyam, Bradley S. Henriksen and John M. Nolan. Lutein, zeaxanthin and meso-zeaxanthin: the clinical science underlying carotenoid-based interventions against ocular disease. Prog Retin Eye Res. 2016 Jan; 50:34-66.

  2. Aize Kijlstra, Yuan Tian, Elton R Kelly, Tos T J M Brendschot. Lutein: more than just a filter for blue light. 2012 Jul;31(4):303-15. doi: 10.1016/j.preteyeres.2012.03.002. Epub 2012 Mar 21.

  3. Yu-Ping Jia, Lei Sun, He-Shui Yu, Li-Peng Liang, Wei Li, Hui Ding, Xin-Bo Song and Li-Juan Zhang. The pharmacological effects of lutein and zeaxanthin on visual disorders and cognition diseases. Molecules 2017, 22(4), 610; https://doi.org/10.3390/molecules22040610.

  4. Giuseppe Giannaccare, Marco Pellegtini, Carlotta Senni, Federico Bernabei, Vincenzo Scorcia and Arrigo Francesco Giuseppe Cicero. Clinical application of astaxanthin in the treatment of diseases: emerging insights. Mar Drugs. 2020 May; 18(5): 239. Published online 2020 May 1. doi: 10.3390/md18050239.

  5. Bob Capelli and Gerald Cysewski. Potential health benefits of spirulina microalgae. April 2020. Nutrafoods 9(2).

  6. Meeta Mathur. Bioactive molecules of spirulina: A food supplement. 2018 Jun. Bioactive Molecules in Food pp 1-22.

  7. Tomohiro Okamoto, Hirohiko Kawashima, Hideto Osada, Eriko Toda, Kohei Homma, Norihiro Nagai, Yasuyuki Imai, Kazuo Tsubota and Yoko Ozawa. Dietary spirulina supplementation protects visual function from photostress by suppressing retinal neurodegeneration in mice. Transl Vis Sci Technol. 2019 Nov; 8(6): 20. Published online 2019 Nov 20. doi: 10.1167/tvst.8.6.20.

  8. Chikako Shimizu, Yoshihisa Wakita, Takashi Inoue, Masanori Hiramitsu, Miki Ikada, YutakaMitani, Shuichi Segawa, Youichi Tsuchiya & Toshitaka Nabeshima. Effects of lifelong intake of lemon polyphenols on aging and intestinal microbiome in the senescence-accelerated mouse prone 1 (SAMP1). Scientific Reports 9, Article number: 3671 (2019).

  9. Kaur C, Kapoor HC. Antioxidants in fruits and vegetables-the millennium’s health. Int J Food Sci Technol. 2001;36:703–725. doi: 10.1046/j.1365-2621.2001.00513.x.

  10. Bamini Gopinath, Gerald Liew, Annette Kifley, Victoria M, Flood Nichole, Joachim Joshua R, Lewis Jonathan M, Hodgson Paul Mitchell. Dietary flavonoids and the prevalence and 15-y incidence of age-related macular degeneration. American Journal of Clinical Nutrition, 2018 DOI: 10.1093/ajcn/nqy114.

  11. Robert Abel Jr. MD. Chapter 84- Cataracts. Integrative Medicine (Forth Edition) 2018, Pages 830 – 837.el.

  12. Nutritional antioxidants and age-related cataract and maculopathy. Experimental Eye Research. February 2007.

  13. Saliha Rizvi, Syed T. Raza, Faizal Ahmed, Absar Ahmad, Shania Abbas, and Farzana Mahdi. The role of vitamin E in human health and some diseases. Sultan Qaboos Univ Med J. 2014 May; 14(2): e 157-e165.

  14. Ross CA. Vitamin A. In: Coates PM, Betz JM, Blackman MR, et al., eds. Encyclopedia of Dietary Supplements. 2nd ed. London and New York: Informa Healthcare; 2010:778-91.

  15. King, J.C. Zinc: An essential but elusive nutrient. Am. J. Clin. Nutr. 2011, 94, 679S–684S.

  16. Ugarte, M.; Osborne, N.N. Zinc in the retina. Prog. Neurobiol. 2001, 64, 219–249.

  17. Hock Eng Khoo, Hui Suan Ng, Wai-Sum Yap, Henri Ji Hang Goh and Hip Seng Yim. Nutrients for prevention of macular degeneration and eye-related diseases. MDPI, 2019.

  18. D A Newsome, M Swartz, N C Leone, R C Elston, E Miller. Oral zinc in macular degeneration. Arch Ophthalmol. 1998 Feb; 106(2): 192- 8.

  19. Yuri Nomi, Keiko Iwasaki-Kurashige and Hitoshi Matsumoto. Therapeutic effects of anthocyanins for vision and eye health. Molecules. 2019 Sep; 24 (18): 3311.

  20. Chung-Jung Chiu, Allen Taylor. Nutritional antioxidants and age-related cataract and maculopathy. Exp Eye Res. 2007 Feb; 84(2):229-45. doi: 10.1016/j.exer.2006.05.015. Epub 2006 Jul 31.