Pelbagai Pilihan Hadiah dari 4Life untuk Musim Cuti Ini

Pelbagai Pilihan Hadiah dari 4Life untuk Musim Cuti Ini
Copy URL

Baca dalam
BI, BC

Inilah masa yang paling indah dan riang setiap tahun! Dan ia juga masa terbaik untuk memberi hadiah yang memanfaatkan kesihatan kepada mereka yang tersayang. Tetapi, mencarikan hadiah tersebut boleh menimbulkan rasa mencabar dan tertekan pada kita.

Jadi, tahun ini kami membuatkan ia mudah dan senang bagi anda. Kumpulan pakar pemakanan kami telah memilih beberapa produk terbaik yang sesuai untuk semua dalam senarai hadiah anda; dari mereka yang pentingkan kesejahteraan hingga rakan yang sentiasa awet muda.


Untuk Mereka yang Mementingkan Kesejahteraan

Kekalkan keseimbangan dan ketenangan dengan 4Life Tri-Factor Formula dan Riovida Juice.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Peptida bioaktif dan asid amino Transfer Factor yang diekstrak dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam mengekalkan keseimbangan sistem imun dan keharmonian badan.

Buah-buahan superfruit yang kaya dengan antioksida dalam Jus RioVida membantu meneutralkan radikal bebas yang berpunca dari persekitaran dan dalam badan. Ini membantu sel badan kekal sihat dan bertenaga.

Ambil 2 kapsul 4Life Tri-Factor Formula dan 30 ml Jus Riovida setiap hari .


Untuk Mereka yang Ingin Kelihatan Cantik Berseri dengan Cepat dan Senang

Tambahkan 4Life Transfer Factor Collagen dan Riovida Stix dalam rutin penjagaan kulit harian anda untuk wajah yang cantik bersinar dari dalam ke luar.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Kolagen ikan jenis 1 yang dihidrolisis dalam 4Life Transfer Factor Collagen memberi khasiat serta meningkatkan paras kolagen dalam badan untuk menghasilkan kulit, rambut dan kuku yang sihat, cantik dan kuat.

Campuran buah-buahan superfruit yang kaya dengan antioksida bersama dengan elektrolit dalam RioVida Stix direka untuk memberi hidrasi badan yang mendalam di samping mengekalkan tenaga badan, menjadikan sel-sel kulit gebu dan segar serta menjadikan kulit kelihatan sihat bercahaya dan awet muda.

Campurkan 1 paket 4Life Transfer Factor Collagen & 1 paket Riovida Stix dalam 240 ml air dan nikmatilah!


Untuk Mereka yang Suka Mengembara

Hidupkan semangat kembara anda dengan Energy Go Stix.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Bahan-bahan yang memberi tenaga dalam Energy Go Stix seperti guarana, teh hijau, yerba mate dan asid amino memberi kesegaran yang diperlukan termasuk kepekaan mental dan tenaga sepanjang hari. Anda boleh bergantung kepada Energy Go Stix untuk membawa anda lebih jauh lagi!

Campurkan 1 paket Energy Go Stix Mixed Berry atau Pink Lemonade dalam 240 ml air.


Untuk Mereka yang Mementingkan Pemakanan yang Sihat

Berikan badan anda lebih khasiat untuk mencapai segala potensi anda dengan NutraStart

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


NutraStart mengandungi 22 jenis nutrien perlu supaya anda sentiasa dapat menikmati badan yang sihat dan kuat. Ia tinggi dengan protein dari kacang soya dan wei, tinggi dengan serat makanan serta rendah dalam kalori dan gula. Berikan badan anda nutirsi yang ia perlukan dan rasakan perbezaannya!

Campurkan 2 skup NutraStart Vanilla atau Chocolate dengan 240 ml air dalam shaker. Kocak sehingga larut dan nikmatilah! !


Untuk Mereka yang Bekerja Keras atau Sentiasa Sibuk

Optimumkan fungsi otak dan Kuatkan badan dengan TF RCall dan 4Life TF Plus

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Ramuan herba istimewa dalam RCall menyokong daya ingatan dan pembelajaran supaya anda boleh menjalankan tugas harian dengan senang dan focus.

Peptida 4Life Transfer Factor bersama dengan 10 jenis herba berprestasi tinggi dalam TF Plus menyokong badan dan sistem imun untuk membolehkan ia berfungsi pada tahap yang lebih tinggi.

Ambil 3 kapsul TF RCall dan 3 kapsul 4Life TF Plus setiap hari.


Untuk Mereka yang Tidur Lewat

Mempermuda dan memperbaharui badan dengan 4Life Tri-Factor Formula dan Renuvo

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Peptida bioaktif dan protein Transfer Factor dalam 4Life Tri-Factor Formula membantu mengembalikan keseimbangan sistem imun.

Herba adaptogenik yang istimewa dalam Renuvo memremajakan badan untuk mencapai kecergasan and kekuatan yang lebih tinggi.

Ambil 2 kapsul 4Life Tri-Factor Formula dan 2 kapsul Renuvo setiap hari. .


Untuk Mereka yang Ingin Menjaga Bentuk Badan

Membina otot, membakar kalori dan mencapai berat badan yang ideal dengan Pro-TF dan BRN.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?


Protein yang dihidrolisis dari putih telur dan wei dalam Pro-TF mudah diserap oleh badan. Ini membantu anda menjadi lebih ramping dan kuat.

Campuran termogenik dari tumbuhan dan buah-buahan dalam BRN membantu membakar lemak badan untuk menyokong penurunan berat badan. Ia juga membantu meningkatkan tenaga dan metabolisme.

Kesan sinergistik Pro-TF dan BRN memberi anda hasil sebenar dan menjadikan transformasi badan suatu realiti.

Campurkan 1 skup Pro-TF dengan 240 ml air dan kocakkannya dalam shaker. Ambil 2 atau lebih hidangan dalam sehari. Pada hari senaman: Ambil 1 atau lebih hidangan, 15-30 minit sebelum senaman dan 1 atau lebih hidangan dalam tempoh 30 minit selepas senaman. Ambil 4 kapsul BRN sebelum makan.




Kami berharap anda berjaya mendapatkan sesuatu yang istimewa untuk setiap orang dalam senarai hadiah anda. Terima kasih kerana mendedikasikan diri anda kepada misi kami untuk mengubah kehidupan dan berkongsi kesihatan dan kecergasan yang optimum. Semoga anda semua sihat dan ceria di musim cuti ini.