Bekerja dengan Lebih Bijak dan Kekal Fokus

Bekerja dengan Lebih Bijak dan Kekal Fokus
Copy URL

Baca dalam
BI, BC

Jadikan tahun 2022 tahun terbaik anda!

Jika kita ingin bekerja dengan lebih bijak dan kekal fokus pada matlamat kita, otak kita merupakan penyumbang terbesar kepada kejayaan kita. Pelbagai faktor mempengaruhi bagaimana otak kita berfungsi dan salah satu faktor utama adalah pemakanan kita. Pemakanan yang kaya dengan antioksida, vitamin dan mineral, lemak yang sihat dan protein yang berkualiti membolehkan otak kita berfungsi pada tahap yang lebih tinggi dan lancar.

Di 4Life, kami mempunyai makanan tambahan yang dibuat secara saintifik untuk membantu otak berfungsi secara optimum supaya anda dapat mencapai potensi tertinggi di tempat kerja, rumah serta semasa bersuka ria.

Nutrisi untuk Fungsi Otak yang Optimum

4LIFE TF RCALL

Formula kesihatan otak yang mengandungi pelbagai nutrien dari herba-herba istimewa untuk menyokong daya ingatan, pembelajaran dan peredaran darah di dalam otak.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

  • Nutrien dari pelbagai herba seperti teh hijau, kacang soya, panax ginseng, kunyit dan ginkgo biloba menyokong fungsi otak yang sihat dan kesejahteraan keseluruhan.
  • Kandungan antioksida yang tinggi membantu mengurangkan kerosakkan oksidatif pada sel-sel otak.
  • 4Life Transfer Factor dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam menyokong kesihatan otak dan sistem imun.

RAMUAN


Lemak Sihat untuk Kecerdasan Otak

4LIFE BIO EFA

Asid lemak perlu penting untuk mengekalkan kesihatan sel-sel otak dan mengoptimumkan komunikasi antara sel-sel otak.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

  • Asid lemak omega-3 dan omega-6 berkualiti tinggi dari ikan dan tumbuhan memberi badan anda lemak sihat dari sumber yang luas untuk menyokong pelbagai sistem badan termasuk otak.
  • Diperbuat daripada asid lemak omega-3 ultra-tulen yang memenuhi dan melebihi piawai keselamatan semasa untuk logam berat, termasuk merkuri dan PCB.

RAMUAN


Menguatkan Sel-Sel Otak dengan Superfruit

RIOVIDA JUICE

RioVida menggabungkan kuasa 4Life Transfer Factor dan antioksida yang bermanfaat dari pelbagai superfruit. Kaya dengan vitamin C, asid amino, asid lemak dan polifenol untuk menguatkan otak anda.


BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

  • 600mg 4Life Transfer Factor dalam setiap hidangan (30mL) menyokong sistem imun anda.
  • Kombinasi superfruit dari acai, buah delima, beri biru, elderberi dan anggur ungu memberikan sokongan antioksida kepada sel-sel otak untuk kekal cerdas dan sihat.

RAMUAN


Transformasi Badan Melalui Paksi Usus-Otak yang Sihat

4LIFE PROBIOTICS

Mengandungi campuran proprietari daripada lima jenis probiotik yang aktif untuk sokongan probiotik yang menyeluruh kepada usus. Probiotik merupakan antara trilion mikroorganisma yang hidup secara semula jadi di dalam badan kita. Juga dikenali sebagai bakteria "mesra" atau "baik", ia adalah komponen penting dalam sistem imun dan paksi usus-otak kita.

Paksi usus-otak adalah rangkaian komunikasi yang menghubungkan usus dan otak kita. Trilion probiotik yang hidup dalam usus kita memberi kesan secara langsung kepada kesihatan dan fungsi otak kita melalui paksi usus-otak. Secara ringkasnya, semakin sihat usus kita, semakin sihat otak kita.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

  • 5 jenis probiotik yang aktif; Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium lactis, Bifidobacterium longum dan Streptococcus thermophilus membantu mengekalkan tahap bakteria 'baik' yang sihat dalam usus.
  • Setiap kapsul mengandungi 10 bilion bakteria hidup pada masa penghasilan.
  • Kapsul lambat larut digunakan untuk memastikan probiotik sampai ke usus dan berfungsi dengan baik.

RAMUAN


SOKONGAN YANG PENTING UNTUK SISTEM IMUN

TF PLUS

Sokongan sistem imun yang bertahap tinggi di 4Life untuk kesihatan otak dan badan anda.

BAGAIMANAKAH IA BERFUNGSI?

  • Setiap kapsul mengandungi peptida bioaktif 4Life Transfer Factor dan 10 jenis herba yang berkesan untuk membantu sistem imun anda berfungsi pada tahap yang lebih tinggi.
  • Kordicep, Beta-Glukan (dari baker’s yeast dan oat), Agaricus, daun zaitun, Maitake dan Shitake membantu sistem imun mengenal pasti, bertindak balas dan mengingati ancaman kesihatan dengan berkesan.

RAMUAN


Jadikan makanan tambahan ini pilihan anda untuk menjadikan 2022 tahun terbaik untuk anda!
Semoga tahun baharu ini memberi anda segala yang anda impikan!