Pendekatan yang Lebih Mendalam Mengenai 4Life Transfer Factor™ Collagen

Pendekatan yang Lebih Mendalam Mengenai 4Life Transfer Factor™ Collagen

Lihat dalam
BI

“Produk 6-dalam-1 yang menyokong kesihatan badan dan keremajaan kulit dengan mengurangkan ciri-ciri penuaan seperti keanjalan kulit dan kedutan”./center>


4Life Transfer Factor™ Collagen memgandungi peptida bioaktif transfer factor yang meningkatkan kesejahteraan keseluruhan dan kolagen marin yang dihidrolisis untuk menyokong kesihatan kulit.

1 Penuaan yang sihat – Laporan bebas yang dijalankan oleh makmal BioSRQ di Institut Roskamp menunjukkan peningkatan lebih daripada 200% dalam aktiviti telomerase dibandingkan dengan sel-sel tanpa rawatan.


SAINS DI SEBALIK PRODUK

4Life Transfer Factor

Peptida bioaktif yang menyokong sistem imun. Pertahanan badan semakin merosot dengan usia dan ini bermakna keupayaan sistem imun untuk mengenal pasti dan bertindak balas dengan ancaman kesihatan juga semakin perlahan. Transfer factor adalah peptida bioaktif dan protein yang kecil dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam yang memberi manfaat kesihatan yang kuat dengan menyokong sistem imun. Kajian mengenai transfer factor kini menjangkaui 75 tahun di mana kajian sumber kolostrum lembu bermula pada tahun 1980-an.

4Life telah meneruskan penyelidikan sehingga hari ini dan kami hanya menyentuh permukaan mengenai fungsi dan manfaat peptida bioaktif ini.


Kolagen Marin yang Dihidrolisis

Untuk menyokong kesihatan kulit. Kolagen yang membentuk sebahagian besar protein tubuh anda juga merosot bermula usia akhir 20-an. 4Life Transfer Factor Collagen membantu meningkatkan pertahanan badan yang semakin merosot dengan usia di samping memulihkan kesan penuaan dengan mengembalikan tahap kolagen dalam badan. Produk ini juga memberi sokongan antioksida melalui Vitamin C dan E.

Kolagen marin disokong oleh pelbagai kajian klinikal yang menunjukkan penambahbaik dari segi keanjalan kulit, garis halus dan kedutan, serta kulit berseri yang merupakan ciri yang penting di Asia.


Mudah Dihadam dan Diserap

Ia mempunyai bioavailabiliti yang tinggi kerana transfer factor merupakan peptida dan protein bioaktif yang kecil dalam bentuk serbuk. Ini membolehkan penghadaman dan penyerapan yang optimum dalam usus, dimana lebih daripada 70% sel-sel imun didapati. Disebabkan penghadaman dan penyerapan yang begitu berkesan, badan anda dapat menggunakan bahan-bahan ini dengan segera.

Kolagen marin dihidrolisiskan menjadi molekul-molekul yang kecil dengan saiz lebih kurang 2,000 Daltons, Ini menjadikannya sangat mudah untuk dihadam dan diserap serta diedarkan ke seluruh badan.


Syarikat Sistem Imun

Di 4Life®, kami menyedari betapa pentingnya sistem imun yang kuat. Ini termasuk organ terbesar dalam badan anda, iaitu kulit. Kulit anda adalah benteng pertahanan pertama dari ancaman kesihatan. Ini bermakna kulit anda mudah menjadi mangsa kepada kesan negatif sistem imun yang terlalu aktif atau kurang aktif. Inilah sebabnya transfer factor begitu penting. Transfer factor berasal dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam. Ia menyokong sel-sel imun supaya mereka dapat berfungsi dengan lebih berkesan.


APAKAH KANDUNGANNYA?

4Life Transfer Factor Collagen datang dalam bentuk serbuk dan satu hidangan setiap paket. Perisa vanila pudina yang ringan yang hampir tiada rasa memberikannya fleksibiliti. Pengguna-pengguna kami mencampurkan serbuk kolagen dengan minuman kegemaran mereka, seperti air, kopi, jus buah-buahan atau makanan kegemaran mereka.

Oleh itu, sama ada anda menikmati smoothie di rumah atau kopi di kafe kegemaran anda, 4Life Collagen memberi fleksibiliti melalui paket yang mudah dibawa ke mana-mana.


Pemenang Tiga Anugerah

4Life Transfer Factor Collagen adalah pemenang Anugerah Stevie 2020 dalam kategori produk penjagaan & keremajaan kulit iaitu People’s Choice for Favorite New Product. Selain itu, 4Life juga dianugerah sebagai Suplemen Sistem Imun yang Terbaik oleh LUXlife Health, Beauty, & Wellness di Amerika Syarikat dan Suplemen Terbaik di Utah pada 2019 dan 2020.


Ujian Ketat untuk Keselamatan dan Kualiti

4Life sentiasa menguji bahan-bahan mentah dan produk yang siap untuk memastikan identiti, kekuatan, ketulenan dan komposisi. Sebahagian daripada ujian melibatkan analisis pencemaran logam berat yang berpontensi, termasuk merkuri dan plumbum. Metodologi ujian logam berat mengikuti USP <233> dan mengunakan spektrometri jisim plasma yang digabung secara induktif (ICP-MS) untuk mengesan plumbum, kadmium, merkuri dan arsenik.

Ujian ini dijalankan untuk setiap kumpulan TF Collagen dan memenuhi piawai tinggi yang ditetapkan oleh 4Life sebelum diedarkan kepada pengguna. Mengikut arahan penggunaan TF Collagen, piawai ini memenuhi atau melebihi piawai DOKUMEN PANDUAN PENDAFTARAN DADAH untuk pencemaran logam berat.

4Life berkomited untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan paling selamat di pasaran dan kami berdiri teguh di belakang produk yang kami hasilkan.



Rujukan

  1. Vetcika V and Vetvickova J. Antigen-specific immunomodulatory effects of transfer factor. Austin J Clin Pathol 2020;7(1): 1062

  2. Gerth Lee, Verginia West, Tory Parker and David Vollmer. A multi-type collagen-based drink supplement significantly improved markers of aging, both in vitro and in a human clinical study. J Clin Exp Dermatol Res 2020; 11:531

  3. New clinical study about benefits of 2.5g Naticol ® for skin beauty. (2017). Innovations in Food Technology, p 72-73

  4. Drug Registration Guidance Document (DRGD), Third Edition, First Revision July 2021, p.160.