Melawan Keletihan

Melawan Keletihan
Copy URL

Baca dalam
BI, BC

Ketahui Bagaimana Untuk Menangani Rasa Letih

Dalam dunia serba pantas ini, kebanyakan dari kita menanggung lebih dari apa yang mampu. Menghabiskan malam dengan belajar di perpustakaan tanpa tidur yang cukup untuk peperiksaan, bekerja lebih masa dan berhempas pulas dalam kehidupan seharian untuk kekalkan hidup yang sempurna telah menjadi kebiasaan.

Kita telah berubah menjadi individu serba boleh yang professional, bertungkus lumus untuk mengoptimumkan penggunaan masa agar lebih produktif. Malangnya, kecenderungan kita untuk membuat sehabis baik lebih banyak mengundang mudarat berbanding kebaikan, membuatkan kita rasa terbeban dan lebih teruk lagi- stres, letih dan penat.

Namun, adakah kita benar-benar mengalami kekurangan tenaga atau mungkinkah ia sesuatu yang lain?


Salah Anggap Tentang Lesu

Definisi lesu ialah keletihan melampau, biasanya disebabkan oleh tekanan mental atau fizikal, ataupun penyakit. Malangnya, penggunaan istilah “lesu” atau “letih” secara umum untuk menggambarkan pelbagai gejala fizikal, mental dan emosi sering membawa kepada penyelesaian yang salah.

Sekiranya anda menggunakan perkataan “letih” untuk menggambarkan keadaan anda, penyelesaian yang nyata untuk legakan keletihan anda ialah dengan cara merangsang penghasilan tenaga. Dan apakah yang akan kita lakukan untuk bertenaga? Ramai di antara kita pastinya akan memilih minuman tenaga, kopi, minuman bergas, dan pelbagai lagi minuman atau makanan manis (gula-gula, biskut dan sebagainya). Dalam erti kata lain, kita akan mengambil gula dan kafein, yang merupakan dua penyelesaian popular ketika kurang bertenaga.

Gula

Bahan bakar yang membantu menggerakkan tubuh anda.

Minuman tenaga, minuman bergas dan makanan ringan mengandungi gula ringkas yang memberikan tenaga segera tetapi biasanya ia mengakibatkan tenaga anda merudum tidak lama selepas anda mengambilnya.


Kafein

Kafein adalah sebagai perangsang tenaga.

Kafein meningkatkan tahap tenaga anda dengan menghalang aktiviti kimia di dalam otak yang membuatkan anda berasa letih dan merangsang pembebasan hormon yang membuatkan anda rasa bertenaga. Apabila diambil dalam dos tinggi, kafein boleh merangsang sistem saraf anda secara berlebihan, menyebabkan anda berasa gelisah.


Lesu Dan Fungsi Otak

Bagaimanakah sekiranya keletihan yang anda gambarkan sebenarnya bukanlah akibat daripada kekurangan tenaga? Adakah gula dan kafein masih boleh menyelesaikan masalah anda? Mungkin tidak. Inilah sebabnya:

Apabila diminta untuk menerangkan lebih lanjut apakah yang mereka maksudkan dengan “letih”, kebanyakan orang sering menjawab:

  • Kurang tumpuan mental
  • Penurunan daya konsentrasi
  • Kabut otak
  • Angin (mood) yang tidak baik

Kebanyakan orang sering melabelkan kekurangan tumpuan mental mereka sebagai “keletihan”, penurunan daya konsentrasi dan kabut otak di tengahari sebagai “kelesuan”, dan mood tidak baik sebagai “kepenatan”. Jadi, gula dan kafein tidak mungkin mampu memberi kelegaan kepada gejala ini.


Pentakrifan Semula Kekurangan Tenaga

Selalunya apabila seseorang berasa letih, mereka mengalami gejala yang lebih berkait rapat dengan prestasi otak yang lemah, jadi penyelesaiannya bukanlah gula atau kafein. Sebaliknya, kita memerlukan penyelesaian yang boleh mengoptimumkan fungsi otak.


Dan apakah yang menggalakkan fungsi otak yang optimum?

Ada beberapa perkara: Tidur yang cukup, diet yang sihat, senaman dan tahap stress yang rendah akan memastikan otak anda berfungsi dengan baik. Ini bermakna kita memerlukan penyelesaian alternatif untuk memberikan perlindungan tambahan kepada otak kita pada hari yang meletihkan. Jadi, sebelum anda mengambil apa-apa penyelesaian, fikirkanlah semula sama ada anda benar-benar mengalami kekurangan tenaga.


Produk Kesihatan Otak Dan Tenaga 4Life

Sekiranya anda mendapati diri anda mengalami masalah-masalah yang lebih berkait rapat dengan fungsi otak dan tidak memerlukan rangsangan tenaga segera, cubalah 4Life RCall. Formula lengkap ini mengandungi Transfer Factor eksklusif 4Life, antioksida, dan gabungan sinergistik nutrien-nutrien herba yang menyokong fungsi dan kesihatan otak.*

Sekiranya anda mendapati diri anda kembali kepada perkataan “letih” dan benar-benar berasa seperti tidak bertenaga, cubalah 4Life Energy Go Stix. Ia kaya dengan nutrien penggalak tenaga semula jadi dan penguat tubuh, termasuklah 4Life Transfer Factor, Energy Go Stix meningkatkan tenaga dan stamina, membantu meningkatkan daya ingatan dan kepekaan, serta menyokong fungsi sistem imun yang sihat.