Bebas, Sihat, Bangkitkan Diri Anda Yang Baru!

Bebas, Sihat, Bangkitkan Diri Anda Yang Baru!
Copy URL

Baca dalam
BI, BC

Uruslah kesihatan anda. Lakukan perkara yang anda suka dengan rasa hebat, tampil lebih menawan dan penuh tenaga.

Produk 4Life dihasilkan dari penyelidikan dan penemuan bertahun-tahun. Makmal tercanggih kami mempunyai peralatan termaju dan pasukan saintis hebat kami merumus dan membangunkan produk terbaik untuk kesihatan anda. Setiap produk menjalani beratus-ratus ujian untuk memastikan keberkesanan dan kualiti, dan banyak produk kami telah dipatenkan dan disahkan oleh pihak ketiga.

Bersedia untuk alami yang terbaik? Skrol ke bawah untuk ketahui lebih lanjut.


4LIFE TF CV & TARGETED VITAMIN MINERAL COMPLEX

Apabila diambil bersama, 4Life TF CV dan Targeted Vitamin & Mineral Complex menawarkan sokongan untuk sistem kardiovaskular dan peredaran darah yang sihat. Ia menampilkan gabungan ramuan yang berkuasa termasuk koenzim Q10, Ginkgo biloba, bawang putih, ekstrak yis beras merah, dan banyak lagi untuk menggalakkan tahap tekanan darah dan paras kolesterol yang sihat.

RAMUAN UTAMA

Yis beras merah, resveratrol, halia
Menyokong tahap kolesterol sihat

Bawang putih, koenzim Q10
Menyokong tekanan darah sihat

Butcher’s broom, hawthorn, ginkgo biloba
Menyokong peredaran darah sihat

Vitamin E, vitamin C
Menyediakan sokongan antioksidan

ARAHAN

Ambil 2 kapsul TF CV dan 4 kapsul Targeted Vitamin Mineral Complex setiap hari


TF VISTA

4Life TF Vista menyediakan sokongan bersasar untuk kesihatan penglihatan dan mata supaya anda tidak terlepas perkara indah di dalam hidup anda. Vista mengandungi jenama lutein nombor satu yang disyorkan doktor, di mana ia bertindak sebagai perisai penting kepada kawasan makula mata dan memberikan manfaat antioksidan.

Antioksidan penting lain seperti bilberi dan anggur hitam menyokong kejelasan dan ketajaman penglihatan sihat. Vista juga mengandungi Vitamin A, C, dan E untuk sokongan tambahan terhadap radikal bebas yang berlaku secara semula jadi.

RAMUAN UTAMA

Lutein, zeaxanthin
Menggalakkan kejelasan dan ketajaman penglihatan. Menyediakan perisai dan perlindungan penting untuk kawasan makula mata.

Bilberi, anggur hitam, astaxanthin, vitamin A, vitamin C, vitamin E
Antioksidan yang kuat untuk melindungi mata daripada kesan oksidatif matahari dan persekitaran.

Zink
Menyokong keupayaan mata untuk menyesuaikan diri dengan keamatan cahaya yang berbeza-beza.

ARAHAN

Ambil 2 kapsul setiap hari


TF COLLAGEN

4Life TF Collagen ialah penyerlah kecantikan yang diperlukan oleh kulit, rambut dan kuku anda untuk menjadikannya berseri, bersinar dan kelihatan menawan! Setiap paket mengandungi 5,000 mg kolagen ikan terhidrolisis jenis 1 (dimana ia sangat baik untuk penghadaman dan penyerapan pantas) terbukti meningkatkan kelembapan kulit, keanjalan kulit, mengurangkan kedutan, melindungi struktur kulit, meningkatkan fungsi penghalang kulit dan menyokong tona kulit yang sihat.

Kajian bebas menunjukkan bahawa dengan hanya mencampurkan satu paket serbuk dengan minuman kegemaran anda setiap hari boleh memberi anda hasil yang ketara dalam masa 42 hari!

Kolagen ikan terhidrolisis jenis 1
(terbaik untuk penghadaman dan penyerapan pantas)
Terbukti meningkatkan kelembapan kulit, keanjalan kulit, mengurangkan kedutan, melindungi struktur kulit, meningkatkan fungsi perlindungan kulit dan menyokong tona kulit yang sihat.

Vitamin C, vitamin E
Menyokong struktur kulit dan melindungi kulit daripada kerosakan matahari.

ARAHAN

Campurkan 1 paket serbuk dengan makanan atau minuman kegemaran anda. Ambil 1 paket setiap hari.


BELLE VIE

Raikan kewanitaan anda! 4Life Transfer Factor Belle Vie menggalakkan keseimbangan hormon yang sihat, kesihatan reproduktif dan kesihatan payudara.

RAMUAN UTAMA

Campuran fitoestrogen kudzu, flaks, semanggi merah
Menyokong sistem endokrin dan fungsi sel yang sihat

Teh hijau, ekstrak biji anggur
Sokongan antioksidan

4Life Transfer Factor
Meningkatkan sistem imun

Brokoli, kale, kobis
Menggalakkan detoksifikasi sihat

ARAHAN

Ambil 2 kapsul setiap hari


4LIFE BRN

4Life BRN ialah campuran termogenik yang menyokong pengurangan lemak dan pengurusan berat badan. Ia menyemarakkan pembakaran lemak, meningkatkan tenaga untuk senaman yang optimum, meningkatkan rasa kenyang, dan mengurangkan rasa lapar. BRN membantu anda memiliki tubuh yang ramping, anggun dan sihat.

RAMUAN UTAMA

Oren pahit, akar coleus forskohlii, biji manga Afrika dan lada merah
Kajian selama 12 minggu menunjukkan bahawa 4Life BRN mempercepatkan metabolisma dan menggandakan keupayaan tubuh untuk membakar lemak.

ARAHAN

Ambil 4 kapsul setiap hari


Siapkan diri anda untuk berjaya dengan mengambil suplemen yang dicipta khas.

Jagalah diri anda. Jadilah berani, cantik dan sihat seperti yang anda inginkan kerana anda layak menjadi kesemuanya.

Jadilah diri ANDA yang sihat dan kekal sihat!