Bersedia? Jom Bersihkan dan Set Semula!

Bersedia? Jom Bersihkan dan Set Semula!

Lihat dalam
BI, BC

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, badan anda menyerap bahan pencemar, kekotoran, dan beribu-ribu paun makanan. (Ya!) Lama kelamaan, badan anda memerlukan pembersihan mendalam dan set semula.

Pek Digest-Deep Cleanse direka khas untuk membersih, menyahtoksik dan menyegarkan sistem penghadaman anda serta memastikan segala-galanya berjalan seperti yang sepatutnya.


Cara penggunaan*

*Jadual di atas hanyalah panduan cadangan.

Semua produk disahkan Halal oleh IFANCA dan dibuat di Amerika Syarikat dengan bahan-bahan berkualiti dari seluruh dunia.


Tea4Life™

Teh pembersih harian yang menyegarkan untuk saluran gastrousus bersih dan sihat.

  • Mengandungi campuran herba termasuk kayu manis, echinacea, astragalus, buckthorn, oren pahit dan halia yang digunakan secara tradisional untuk mengurangkan berat badan, meningkatkan pergerakan usus dan menyokong fungsi penghadaman.

  • Perisa epal tanpa pewarna, perisa atau pemanis tiruan.


4Life® Probiotics

Mengandungi 5 strain probiotik aktif termasuk Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium lactis, Bifidobacterium longum dan Streptococcus thermophilus membantu mengekalkan tahap bakteria ‘baik’ yang sihat dalam usus.

  • Mengoptimumkan pertumbuhan bakteria usus yang sihat.

  • Meningkatkan bilangan dan jangka hayat flora usus yang bermanfaat.

  • Menyokong fungsi sistem imun dan penghadaman sihat.

  • Teknik pembuatan berkualiti dalam memastikan 20 bilion bakteria hidup pada masa pembuatan.

  • Kapsul sayuran lepas-lambat memastikan probiotik sampai ke destinasinya dengan utuh dan berdaya hidup.

  • Tidak perlu disejukkan.


4Life® Aloe Vera Plus Powder

Menampilkan rasa buah tropika pic-nanas yang segar, ia turut menggalakkan fungsi gastrousus sihat.

  • Menyokong pemulihan secara semula jadi daripada pembersihan usus dan diet.

  • Melegakan dan menyokong saluran gastrousus.

  • Menambah semula elektrolit.


4Life® LivRite®

Hati anda adalah salah satu organ terpenting di dalam badan anda. Ia menapis toksin berbahaya dan menghasilkan hempedu yang membantu badan anda memproses lemak.

LivRite dirumus khas dengan campuran proprietari herba dan antioksidan seperti milk thistle, semanggi merah, dandelion, articok dan brokoli untuk menyokong fungsi hati yang sihat.

  • Tonik hati yang memberi khasiat dan menguatkan fungsi hati di mana ia menyokong peranannya dalam proses penghadaman.

  • Menyokong proses pembersihan darah di hati.

  • Didatangkan dalam kapsul sayuran.


4Life Tri-Factor® Formula

Membantu sistem imun mengenali, bertindak balas dan mengingati ancaman kesihatan, di samping memberikan sokongan sistem imun yang lebih luas melalui gabungan proprietari 4Life Transfer Factor® (molekul penghantar imun) daripada kolostrum lembu dan kuning telur ayam.

  • Menggalakkan fungsi sistem imun sihat.

  • Menggalakkan tahap tenaga yang baik dan seluruh sistem badan berfungsi dengan sihat.


4Life RioVida Stix™

RioVida Stix® memberikan sokongan sistem imun 4Life Transfer Factor® dan sokongan antioksidan daripada buah-buahan super.

  • Setiap hidangan mengandungi 600mg 4Life Transfer Factor™.

  • Antioksidan hebat daripada acai, beri biru, elderberi, anggur ungu, biji anggur, lobak merah ungu, epal dan delima.

  • Tiada pemanis tiruan, perisa atau pengawet.

  • Dengan tambahan elektrolit untuk penghidratan badan.


Cadangan Diet dan Senaman

  • Ambil diet yang tinggi serat (40% karbohidrat, 20–30% lemak, dan 20–30% protein).

  • Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan.

  • Elakkan atau kurangkan pengambilan daging merah.

  • Elakkan gula ringkas daripada diet anda (soda, roti manis, gula-gula, dll.).

  • Pilih lemak sihat seperti minyak zaitun dan minyak ikan.

  • Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.

  • Lakukan senaman intensiti sederhana untuk meningkatkan fungsi usus.