Are you sure you want to leave 's MyShop site?
Are you sure you want to leave 's MyShop site?
Mikrobiom usus manusia ialah ekosistem yang terdiri daripada lebih daripada 1,000 mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan virus, yang boleh memberi pengaruh besar kepada metabolisme, berat badan, dan terutamanya kesihatan imun anda.1
Ia adalah penting untuk anda lakukan yang terbaik untuk memelihara ekosistem usus anda. Berita baik: ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membuat perubahan. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut!
Tahukah anda kira-kira 70% sistem imun anda berada di dalam usus anda? Inilah sebabnya pemakanan anda penting kerana sel-sel sistem imun anda dipengaruhi oleh pemakanan anda. Sel-sel imun ini juga dipengaruhi oleh kepelbagaian dan komposisi usus anda.
Kepelbagaian mikrob merujuk kepada bilangan spesies yang berbeza dalam ekosistem usus anda. Kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian ini boleh menjadikan usus anda lebih mudah beradaptasi dan berdaya tahan, sebaliknya, kekurangan kepelbagaian telah dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan.2,3
Sebagai contoh, berat badan tidak sihat atau pemakanan yang kurang sihat boleh menyebabkan kekurangan kepelbagaian mikrob usus, tindak balas imun yang tidak normal dan keradangan. Keradangan ini secara langsung akan menjejaskan keseimbangan mikrobiom usus dan boleh mempengaruhi tindak balas sistem imun anda terhadap jangkitan secara negatif.4
Sebaliknya, anda boleh mengekalkan biom usus sihat dan pelbagai (dan sistem imun) dengan menambah baik pemakanan dan gaya hidup anda.
Memulihkan kesihatan usus bukan sahaja tentang menjaga kesihatan fizikal dan pemakanan anda. Persekitaran dan kesihatan mental anda juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan usus!
Berikut adalah enam perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan usus anda:
Masa untuk berekreasi dengan alam semulajadi! Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa di luar boleh memberikan kesan positif kepada ekosistem usus dan menyokong sistem imun anda.5
Tahukah anda serat makanan mengawal komposisi usus?6 Lebihkan serat dalam makanan anda, dan usus anda pasti bertambah sihat!!
Makanan tinggi serat: lentil, oat, kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, epal dan brokoli.
Probiotik mengandungi strain bakteria yang menyumbang kepada bakteria usus yang sihat.
Makanan dengan probiotik: yogurt, susu mentah, keju mentah, sup miso, kombucha, jeruk, sauerkraut.
Jika anda mahukan lebih banyak probiotik, 4Life Probiotics memang untuk anda!
Pilih sayuran hijau dan kekal sihat dengan makanan berasaskan tumbuhan! Polifenol ialah sebatian tumbuhan yang menyumbang kepada kesihatan usus.7 Pemakanan berasaskan tumbuhan meningkatkan mikrobiom usus dan sistem imun.
Sayuran yang menyihatkan usus: articok, bawang merah, bayam, chicory merah dan hijau.
Stres juga memainkan peranan dalam mengubahkan kesihatan usus anda! Stres juga boleh mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak sihat dan memberi kesan negatif kepada kesihatan metabolik. Selain itu, stres dan kemurungan boleh mengubah komposisi ekosistem usus melalui hormon stres dan keradangan.8
Cuba Pek Digest Deep Cleanse kami yang dikuasakan oleh 4Life Transfer Factor®, ramuan herba sihat dan banyak lagi.
Sumber
You are trying to view a MyShop page. Please log out in order to view this website.