Pek 150 LP Baharu Hanya untuk Anda!

Pek 150 LP Baharu Hanya untuk Anda!

Lihat dalam
BI, BC

Kami memahami anda! Menjaga kesihatan anda kini lebih penting dan mencabar daripada sebelumnya. Sebab itulah kami telah mereka bukan satu tetapi tiga pek khas untuk membantu anda mencapai kesihatan yang lebih baik dan badan yang lebih kuat.

Jom kita terokai bagaimana setiap pek ini berfungsi, apa yang ada di dalamnya, dan cara menggunakannya.


Strong Immune Pack

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Direka untuk memberikan sokongan kesihatan harian yang mantap. Ia mengandungi produk penguat imun tertinggi 4Life yang dipanggil TF Plus. Bersama dengan antioksidan daripada buah-buahan hebat, asid lemak perlu dari ikan dan tumbuhan, serta elektrolit tambahan, gabungan ini memberikan sokongan sistem imun tahap tinggi, di samping mengekalkan sel-sel yang sihat dan bertenaga.

RAMUAN UTAMA

Penguat Imun

4Life Transfer Factor™, Cordyceps sinensis, Beta-Glucans (diambil daripada baker’s yis dan oat), Agaricus blazeii, ekstrak daun zaitun, dan cendawan Maitake dan Shitake.

Kecergasan sel dan hidrasi

Antioksidan buah-buahan hebat daripada açaí, delima, beri biru, elderberi, anggur ungu, biji anggur, lobak ungu, dan elektrolit.

Asid lemak perlu

Pelbagai jenis asid lemak penting gred tinggi daripada mackerel, sardin, ikan bilis, safflower, borage, dan biji rami.

CARA PENGGUNAAN

Cadangan di atas hanyalah sebagai panduan.


Basic Immune Pack

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Direka untuk memberikan anda asas yang kukuh setiap hari. Gabungan 4Life Transfer Factor™, antioksidan buah-buahan hebat, probiotik, dan elektrolit memastikan sistem imun dan fungsi usus berfungsi pada tahap terbaik dan sel-sel badan anda kekal bertenaga dan sihat.

RAMUAN UTAMA

Penguat Imun

Ekstrak 4Life Transfer Factor™ daripada kolostrum lembu dan kuning telur, zink.

Kecergasan sel dan hidrasi

Antioksidan buah-buahan hebat daripada açaí, delima, beri biru, elderberi, anggur ungu, biji anggur, lobak ungu, dan elektrolit.

Kesihatan usus

5 strain probiotik hidup; Lactobacillus acidophilus, Lactobacillus rhamnosus, Bifidobacterium lactis, Bifidobacterium longum, dan Streptococcus thermophilus. Setiap kapsul mengandungi 20 bilion cfu probiotik dalam kapsul lepas-lambat untuk memastikan probiotik ini berdaya hidup dan aktif apabila ia sampai di usus anda.

CARA PENGGUNAAN

Cadangan di atas hanyalah sebagai panduan.


Skin Revitalizing Pack

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Apabila sains bertemu kecantikan, anda mendapat sokongan sepenuhnya untuk kulit berseri, wajah bersinar, dan tenaga untuk kekal sepanjang hari. Gabungan ini menyediakan pelbagai sokongan untuk meningkatkan tahap kolagen, perlindungan antioksidan, meningkatkan tenaga, dan kesihatan sistem imun.

RAMUAN UTAMA

Penguat Imun

Ekstrak 4Life Transfer Factor™ daripada kolostrum lembu dan kuning telur, zink.

Kecergasan sel dan hidrasi

Antioksidan buah-buahan hebat daripada açaí, delima, beri biru, elderberi, anggur ungu, biji anggur, lobak ungu, dan elektrolit.

Kulit bersinar dan wajah berseri

Kolagen dihidrolisis daripada ikan bersama dengan nutrien-nutrien penting seperti vitamin C dan E. Setiap peket serbuk mengandungi 5,000mg kolagen dihidrolisis Jenis 1 untuk penyerapan yang cepat.

Tenaga

Bahan penambah tenaga dari guarana, yerba mate, teh hijau, dan l-arginin.

CARA PENGGUNAAN

Cadangan di atas hanyalah sebagai panduan.


MAKLUMAT PENTING

  1. 4Life mentakrif semula kualiti makanan tambahan kesihatan.

  2. Makmal tercanggih kami dilengkapi dengan peralatan terkini dan pasukan saintis terhebat yang merumus dan membangunkan produk kami.

  3. Setiap produk menjalani ratusan ujian untuk memastikan keberkesanan dan kualiti, dan banyak produk kami dipatenkan dan disahkan oleh pihak ketiga.

  4. Semua makanan tambahan dibuat daripada bahan berkualiti dari seluruh dunia.

  5. Kesemua produk disahkan Halal oleh IFANCA.

  6. Kami memberikan jaminan kepuasan produk 100%.