Kenaikan Harga dan LP 4Life
(berkuatkuasa 1 Mei 2024)

Disebabkan peningkatan dalam kos operasi, pembuatan dan logistik, yang dicetuskan oleh inflasi global, 4Life Malaysia akan melaksanakan kenaikan harga dan LP yang sederhana ke atas produk, berkuatkuasa 1 Mei 2024.

Selama 25 tahun, 4Life telah menjadi peneraju dunia dalam sains Transfer Factor, mengedarkan ratusan produk ke lebih daripada 70 pasaran di seluruh dunia. Pelarasan harga ini membolehkan kami terus menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan berkesan untuk sistem imun pada harga yang kompetitif.

Seperti yang dinyatakan di atas, kami juga meningkatkan LP pada produk. Contohnya, LP pada sebotol 4Life TF Plus Advanced meningkat daripada 50 LP kepada 55 LP. Untuk setiap botol 4Life TF Plus Advanced yang anda jual, kini anda akan mendapat 10% lebih komisen. Peningkatan dalam LP meningkatkan pembayaran komisen anda dan memudahkan keperluan anda untuk mencapai pangkat baharu.

Laman web malaysia.4life.com dan senarai harga akan menunjukkan harga baharu bermula 1 Mei 2024.

Kami menghargai perkongsian anda dan yakin bahawa peningkatan LP ini akan membantu anda pergi lebih jauh dalam perniagaan 4Life anda.


Sila semak Pesanan Loyalty Mei 2024 anda dengan harga terkini pada atau selepas 1 Mei. E-mel peringatan Pesanan Loyalty Mei akan dihantar pada 1 Mei dan bagi mereka yang menjadualkan Pesanan Loyalty untuk dihantar pada 1 Mei, pesanan tersebut akan diproses pada hari Khamis, 2 Mei, membolehkan anda membuat sebarang pelarasan yang diingini sebelum pesanan anda dihantar.


Soalan Lazim

Mengapa 4Life menaikkan harga?
Inflasi global telah meningkatkan harga untuk kos operasi, pembuatan dan logistik, jadi kami meningkatkan secara sederhana kebanyakan harga produk kami.

Mengapa 4Life menaikkan harga borong dan LP?
Menaikkan LP bersama-sama dengan harga borong meningkatkan pembayaran anda, oleh itu meringankan beban kenaikan harga.

Mengapakah LP yang lebih tinggi memanfaatkan saya?
Apabila setiap produk mempunyai nilai LP yang lebih tinggi, Affiliate boleh mencapai pangkat baharu dengan lebih mudah dan boleh memperoleh pembayaran bonus yang lebih tinggi. Meningkatkan LP meningkatkan nisbah ringgit kepada kos untuk sebahagian besar produk kami.

Di manakah saya boleh melihat semua harga baharu?
Harga baharu boleh didapati di halaman beli-belah malaysia.4life.com dan senarai harga bermula 1 Mei 2024.

Saya tidak mempunyai downline, jadi adakah LP yang lebih tinggi membantu saya?
LP yang lebih tinggi untuk setiap produk juga memudahkan anda untuk layak mendapat Diskaun Segera.

Adakah perubahan harga ini menjejaskan Pesanan Loyalty saya?
Ya, harga Pesanan Loyalty anda akan dikemaskinikan. Sila log masuk ke kawasan pengurusan Pesanan Loyalty pada atau selepas 1 Mei untuk menyemak pesanan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi kami di 1800-810-793.

Pesanan Loyalty saya dihantar pada 1 Mei. Bagaimanakah saya boleh melihat harga baharu sebelum Pesanan Loyalty saya dihantar?
Jika Pesanan Loyalty anda dijadualkan untuk dihantar pada 1 Mei, kami akan menunggu untuk menghantar pesanan anda hingga 2 Mei. Jika anda ingin mengubah Pesanan Loyalty anda, sila log masuk ke akaun anda dan semak pesanan anda pada 1 Mei.


Lihat dalam
BI, BC