Kami adalah Syarikat Sistem Imun

Kami adalah Syarikat Sistem Imun
Copy URL

Lihat dalam
BI, BC


Misi kami adalah untuk membantu anda berasa terbaik melalui produk dan peluang perniagaan kami. Produk kami adalah asas dan nadi perniagaan kami. Kami berusaha untuk menghasilkan produk yang memenuhi dan melebihi standard tertinggi, supaya anda berasa yakin untuk menggabungkannya dalam kehidupan anda dan berkongsi dengan rakan dan orang tersayang.


Transfer Factor Adalah Kepakaran Kami!

Sejak tahun 1998, kami memanfaatkan faedah peningkatan sistem imun transfer factor dari haiwan. Kami adalah pakar transfer factor dan kesihatan imun. Ini adalah kepakaran kami!

Kumpulan Penyelidikan dan Pembangunan dan Panel Penasihat Sains Kesihatan kami merangkumi pakar nutrisi dan pakar perubatan yang sentiasa berusaha meningkatkan piawai suplemen sistem imun untuk zaman moden ini bagi memastikan kualiti produk kami adalah termaju dan terkini.


Sentiasa Memberi Anda Kualiti Yang Terbaik

Dalam makmal canggih kami yang berjuta dollar, setiap produk diuji sebanyak 20 kali untuk menjamin identiti, ketulenan, kekuatan dan komposisinya. Banyak produk menjalani ujian tambahan untuk menjamin kualiti yang ketat sebelum ia dikeluarkan untuk pengedaran.

Kilang kami merangkumi kemudahan peralatan moden untuk pembungkusan, pengkapsulan dan pencampuran, dan telah menerima pendaftaran Amalan Pengilangan Baik (GMP) NSF® Antarabangsa. Penerimaan Pendaftaran GMP daripada NSF Antarabangsa membuktikan 4Life menggunakan cara, peralatan dan pengawalan yang tepat untuk proses penghasilan produk suplemen yang terbaik.


Inovasi yang Berterusan

Kami menawarkan beberapa cara penyampaian, termasuk dalam bentuk kapsul, tablet, minuman jus, serbuk dan produk topikal.

  • Produk 4Life Transfer Factor® menyokong kemampuan semulajadi sistem imun untuk mengenalpasti, bertindak balas dan mengingati ancaman kesihatan.

  • Produk dan program 4Life Transform membantu anda mengubah tubuh anda untuk mencapai kehidupan yang lebih cergas dan semarak.

  • Produk Targeted Transfer Factor® menggabungkan manfaat sistem imun 4Life Transfer Factor® dan bahan nutrisi yang sistem-spesifik untuk memberi sokongan kesihatan yang lebih fokus dan peribadi.

  • Produk ShapeRite® mengandungi vitamin dan mineral penting sebagai asas kepada nutrisi yang baik supaya anda kelihatan dan rasa hebat.

  • Produk 4Life® General Health and Wellness melengkapi rangkaian produk 4Life Transfer Factor® kami untuk sokongan badan yang lebih luas.


Sentiasa Lakukan Lebih untuk Anda

Semasa anda sihat, anda boleh menikmati kehidupan yang terbaik. Inilah sebabnya kami begitu berdedikasi untuk memberi anda produk sains sistem imun dan kesihatan yang terbaik. Capai matlamat kesejahteraan anda dan nikmati hidup anda sepenuhnya!