17 Super Food dan Makanan Lengkap Yang Anda Perlu Makan Setiap Hari

17 Super Food dan Makanan Lengkap Yang Anda Perlu Makan Setiap Hari
Copy URL

Lihat dalam
BI, BC

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bahan-bahan tumbuhan dari super food dan makanan lengkap telah mendapat perhatian dan populariti ramai kerana manfaat yang mereka berikan kepada tubuh manusia. Bahan-bahan ini menguatkan tubuh badan dengan nutrien, antioksida dan kajian menunjukkan bahawa mereka mampu menyeimbangkan pH badan kita kerana sifat penjana alkali mereka.

Berikut adalah super food dan makanan lengkap terbaik untuk dimakan setiap hari. Untuk kemudahan pengguna, mereka juga datang dalam bentuk serbuk, kapsul, cecair dan tablet.

Super Food

Biji Chia

Walaupun bersaiz kecil, biji chia padat dengan nutrien penting. Ia adalah sumber asid lemak omega-3 dan omega-6 yang sangat baik, kaya dengan antioksida, dan mengandungi serat makanan, zat besi, dan kalsium (Bruna de Falco, et al. 2017)¹.

Spirulina

Spirulina adalah mikroalga yang dikenali sebagai super food kerana kepelbagaian dan kepadatan nutriennya. Ia terdiri daripada hampir 60% protein yang lengkap dan mudah dicerna; ia mengandungi semua asid amino perlu. Ia adalah sumber makanan asid gamma linolenik (GLA) yang terbaik. Tambahan pula, ia juga kaya dengan vitamin B, mineral, unsur surih, klorofil, dan enzim Capelli, Bob & Cysewski, Gerald. 2010)².

Klorella

Klorella adalah mikroalga hijau dengan sifat biologi dan farmakologi yang memanfaatkan kita. Klorella mempunyai sejarah yang panjang digunakan sebagai sumber makanan kerana ia mengandungi nutrien makro dan mikro seperti protein, asid lemak omega-3, polisakarida, vitamin, dan mineral (Yunes Panahi, et al. 2015)³.

Alga Biru-hijau

Alga biru-hijau, ialah sejenis cyanobacteria yang terdapat dalam ekosistem akuatik. Alga biru-hijau adalah produk semula jadi berkhasiat yang kaya dengan asid amino perlu, asid γ-linolenik (GLA), serat makanan, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi, pigmen seperti β-karoten, xanthophylls, klorofil, dan sebatian bioaktif lain (Ku, Chai Siah et al. 2013)⁴.


Makanan Lengkap

Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan antioksida seperti karotenoid, flavonoid, poliasetilena, vitamin dan mineral, semuanya mempunyai banyak manfaat dari segi nutrien dan kesihatan. Karotenoid dalam lobak merah adalah antioksida yang kuat dan boleh meneutralkan kesan radikal bebas. (Dias, João. 2014)⁵.

Timun

Timun adalah sumber yang kaya dengan nutrien berharga dan sebatian bio-aktif serta bukan sahaja digunakan sebagai makanan tetapi juga dalam kosmetologi. Ia kaya dengan polifenolik dan cucurbitacin yang mempunyai pelbagai aktiviti biologi seperti antioksida, anti-radang dan manfaat kesihatan yang lain (T. G. G. Uthpala et al. 2020)⁶.

Labu

Labu menawarkan pelbagai manfaat kesihatan termasuk vitamin, mineral dan nutrien lain yang sihat. Labu adalah salah satu sumber beta-karotin yang terkenal, sejenis antioksida yang kuat.

Bayam

Bayam adalah sayur yang sangat berkhasiat. Ia adalah sumber vitamin B6, riboflavin, folat, niasin, serat makanan yang larut air, asid lemak omega-3 dan mineral yang baik. Bayam juga kaya dengan vitamin A, C dan K, magnesium, zat besi, dan mangan. (Tahseen Fatima Miano. 2016) ⁷.

Asparagus

Asparagus kaya dengan protein, lemak, vitamin dan mineral,di mana kandungannya adalah lima kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran yang lain (Hu, 2000)⁸. Menurut buku Ubat Tradisional Cina bertajuk ‘Kompendium Materia Medica’, asparagus mengandungi pelbagai fitokimia bioaktif, termasuk polisakarida bioaktif, saponin steroid, flavonoid, serat makanan dan oligosakarida bioaktif (Fuentes-Alventosa et al., 2013)⁹.

Lada Loceng

Lada loceng merah mengandungi vitamin C yang berganda berbanding dengan buah sitrus. (Muhammad Nadeem et al. 2013)¹⁰. Lada loceng juga mengandungi sebatian fenolik atau flavonoid yang berkuantiti tinggi seperti quercetin, luteolin dan capsaicinoids (Chávez-Mendoza, C. et al. 2015)¹¹. Pengambilan sebatian bioaktif ini memberi kesan yang baik kepada kesihatan manusia disebabkan oleh kuasa antioksidanya (Chávez-Mendoza, C. et al. 2015)¹¹.

Acerola

Acerola (Malpighia emarginata DC.) adalah salah satu sumber asid askorbik semula jadi yang kaya (kira-kira 50-100 kali lebih daripada oren atau lemon) dan mengandungi fitonutrien yang lain seperti fenolik karotenoid, antosianin, dan flavonoid. Buah ini mempunyai kapasiti antioksida yang tinggi kerana kandungan fitonutrien (Prakash, A., & Baskaran, R. 2018)¹².

Biji Flaks

Biji flaks terkenal sebagai makanan berfungsi kerana komposisi nutrient yang kaya dengan asid linolenik (ALA), asid lemak omega-3, protein, serat makanan dan lignan (Rajju Priy et al. 2017)¹³. Serat makanan dalam biji flaks memberi kesan positif untuk mengurangkan sembelit dan menyokong pergerakan usus yang lebih baik (Ganorkar, Pravin. 2013)¹⁴.

Beras Perang

Beras perang mengandungi pelbagai sumber nutrien yang baik seperti mineral, vitamin B dan E, serta serat makanan dan nutraseutikal seperti oryzanol, fitosterol, dan polifenol yang memberi manfaat kepada kesihatan.

Bladderwrack

Bladderwrack adalah nama umum untuk rumput laut Fucus versiculosus L., thallus. Ia kaya dengan iodin yang menyokong kesihatan tiroid dan mineral yang lain termasuk kalsium, magnesium, kalium, natrium, dan mineral.

Daun Pudina Dan Spearmint

Daun pudina adalah herba perubatan yang terkenal dengan sifat antioksida yang kuat dan bermanfaat kepada kesihatan. Ia menyokong sistem imun dan meningkatkan selera makan (Parv Nayak et al. 2020)¹⁵. Spearmint adalah spesies pudina yang berbau segar yang mengandungi vitamin, antioksida, dan nutrien penting.

Kale

Kale adalah sayur berdaun hijau dalam keluarga Brassicaceae. Kebelakangan ini, kale telah mendapatkan perhatian daripada golongan scientifik kerana kandungan sebatian bioaktifnya yang tinggi seperti vitamin C, pro-vitamin A, glukosinolat, antioksida fenolik, serat makanan, mikronutrien (zat besi, zink dan mangan) dan makronutrien (Alejandro Becerra-Moreno et al. 2014)¹⁶.

Nikmati dan rasa kebaikan super food dan makanan lengkap sebagai sokongan harian anda untuk membantu anda kekal bermotivasi, positif dan kuat.


Rujukan

  1. de Falco, Bruna & Amato, Mariana & Lanzotti, Virginia. (2017). Chia seeds products: an overview. Phytochemistry Reviews. 15. 10.1007/s11101-017-9511-7.

  2. Capelli, Bob & Cysewski, Gerald. (2010). Potential health benefits of spirulina microalgae*. Nutrafoods. 9. 10.1007/BF03223332.

  3. Panahi, Yunes & Darvishi, Behrad & Jowzi, Narges & Nejat, Shirin & Sahebkar, Amirhossein. (2015). Chlorella vulgaris: A Multifunctional Dietary Supplement with Diverse Medicinal Properties. Current pharmaceutical design. 22. 10.2174/1381612822666151112145226.

  4. Ku, C. S., Yang, Y., Park, Y., & Lee, J. (2013). Health benefits of blue-green algae: prevention of cardiovascular disease and nonalcoholic fatty liver disease. Journal of medicinal food, 16(2), 103–111. https://doi.org/10.1089/jmf.2012.2468.

  5. Dias, João. (2014). Nutritional and Health Benefits of Carrots and Their Seed Extracts. Food and Nutrition Sciences. 05. 2147-2156. 10.4236/fns.2014.522227.

  6. Uthpala, T. G. G. & Marapana, Upul & Lakmini, Piyumi & Wettimuny, Devini. (2020). Nutritional Bioactive Compounds and Health Benefits of Fresh and Processed Cucumber (Cucumis Sativus L.). 10.13140/RG.2.2.17510.04161.

  7. Tahseen, Fatima & Miano, Tahseen. (2016). NUTRITIONAL VALUE OF SPINACIA OLERAECEA SPINACH-AN OVERVIEW. international journal of life sciences ans review. 2. 172-174. 10.13040/IJPSR.0975-8232.IJLSR.2.

  8. Hu, S. (2000). Asparagus-the king of vegetables. China Inspection and Quarantine, 46 [in Chinese].

  9. Fuentes-Alventosa, J. M., Jaramillo-Carmona, S., Rodríguez-Gutiérrez, G., GuillénBejarano, R., Jiménez-Araujo, A., Fernández-Bolaños, J., et al. (2013). Preparation of bioactive extracts from asparagus by-product. Food and Bioproducts Processing, 91, 74–82. https://doi.org/10.1016/j.fbp.2012.12.004.

  10. Nadeem, Muhammad & Anjum, Faqir & Khan, Moazzam Rafiq & Saeed, Muhammad & Riaz, Asad. (2013). Antioxidant Potential of Bell Pepper (Capsicum annum L.)-A Review. Pakistan Journal of Food Sciences. 21. 45-51.

  11. Chávez-Mendoza, C., Sanchez, E., Muñoz-Marquez, E., Sida-Arreola, J. P., & Flores-Cordova, M. A. (2015). Bioactive Compounds and Antioxidant Activity in Different Grafted Varieties of Bell Pepper. Antioxidants (Basel, Switzerland), 4(2), 427–446. https://doi.org/10.3390/antiox4020427.

  12. Prakash, A., & Baskaran, R. (2018). Acerola, an untapped functional superfruit: a review on latest frontiers. Journal of food science and technology, 55(9), 3373–3384. https://doi.org/10.1007/s13197-018-3309-5.

  13. Priy, Rajju & Katoch, Mittu & Kumar, Ashish & Csk, Verma & Pradesh, Himachal & Vishwavidyalya, Krishi. (2017). Flaxseed-composition and its health benefits. 10.13140/RG.2.2.35208.93448.

  14. Ganorkar, Pravin. (2013). Flaxseed - A nutritional punch. International Food Research Journal. 20. 519.

  15. Parv Nayak, Tankesh Kumar, AK Gupta, NU Joshi. (2020) Peppermint a medicinal herb and treasure of health: A review. J Pharmacogn Phytochem9(3):1519-1528. DOI: 10.22271/phyto.2020.v9.i3y.11525.

  16. Alejandro Becerra-Moreno, Pedro A. Alanís-Garza, José Luis Mora-Nieves, Juan Pablo Mora-Mora &Daniel A. Jacobo-Velázquez (2014) Kale: An excellent source of vitamin C, pro-vitamin A, lutein and glucosinolates, CyTA -Journal of Food, 12:3, 298-303, DOI: 10.1080/19476337.2013.850743.